![]() Tuesday, 7 August 2012 | 0000 ❤Curahan Hati❤
![]()
Assalamualaikum :)
Tugasan yang ke-5 kali ini meminta saya berkongsi pengalaman marah yang pernah saya alami.
Setiap manusia di muka bumi ini haruslah pernah merasai perasaan marah. Kemarahan sebenarnya datang dari perasaan sakit hati.
PENGALAMAN
Saya pernah mengalaminya ketika saya berada di Tingkatan 5. Ketika itu saya memegang jawatan Penolong Ketua Tingkatan. Situasinya apabila tiba bulan kemerdekaan dan kami perlu menceriakan kelas sesuai dengan tema bulan kemerdekaan. Sebelum pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan saya telah meminta semua rakan kelas menunggu untuk berbincang dengan mereka tentang perkara ini. Walaubagaimanapun, amat mengecewakan kerana salah seorang dari rakan saya, lebih dikenali sebagai A*bukan nama sebenar* telah membuat saya berang kerana dia berkeras untuk balik kerana bas sekolah telah menunggunya dan mencampakkan bukunya ke atas meja. Saya amat terasa dengan sikapnya. Saya pun memarahinya dan berkata tolong beri kerjasama, perjumpaan ini hanya sekejap sahaja. Bukan dia sahaja yang menaiki bas sekolah tersebut, saya dan rakan-rakan lain juga menaiki bas tersebut. Namun kami rela tidak menaikinya dan menaiki bas awam yang lain. Dia tetap dengan kekerasan hatinya, saya mula merajuk dan tidak mahu melibatkan diri dengan perkara ini. Namun saya sedar jika saya menurutkan perasaan marah saya kepada A, keceriaan kelas kami akan tergendala dan sama sekali akan dimarahi oleh Cikgu kami.
Justeru itu, rakan baik saya telah menenangkan saya supaya teruskan perjumpaan ini dan abaikan ketidakhadiran A. Anggap sahaja dia tidak wujud sama sekali di dalam kelas ini. Mungkin A perasan sya berkecil hati kepadanya, dia datang dan meminta maaf kepada saya. Saya memaafkannya dan akhirnya perbincangan kelas dapat berjalan dengan lancar. Kelas kami telah diumumkan sebagai pemenang Keceriaan Kelas.
CARA MENANGANI MASALAH MARAH
|
❤Pemilik Hati❤ ![]() Assalamualaikum ! hai ! saya Noor Zaironna Jaihan, Untuk pengetahuan semua blog ini digunakan untuk matapelajaran Kecerdasan Emosi^^ PERHATIAN!, INGAT SEBELUM MENYESAL HARGAI MANUSIA DI SEKELILING ANDA SEBELUM DIA PERGI ❤Jejak Hati❤
|